Usaha kembalikan Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu

Meskipun usul pindaan Rang Undang-Undang Persekutuan bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Tanah Melayu gagal mendapat sokongan dua pertiga, kerajaan tetap berusaha untuk memberikan status hak kepada Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Buktinya kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63. Jawatankuasa yang mempunyai keahlian seramai 23 orang ahli terdiri daripada menteri-menteri Kabinet Persekutuan, Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri Sarawak yang telah beberapa kali bernesyuarat.

Pengembalian status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Tanah Melayu merupakan sesuatu yang penting. Ini bagi memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat kedua-dua negeri, dalam masa yang sama melengkapkan manifesto Pakatan Harapan dalam PRU-14 yang perlu direalisasikan.

Sebagai langkah awal, kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya urusan pentadbiran Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kepada kerajaan negeri Sabah kecuali perkara yang berkaitan dengan keselamatan yang masih terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *