Pagi tadi saya telah bersiaran secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM TV1 untuk perbincangan berkaitan #Undi18.
Saya menyokong untuk usul pindaan Perlembagaan ini dilaksanakan. Saya yakin ini adalah satu langkah pembaharuan demokrasi politik yang akan meletakkan Malaysia seiring dengan negara-negara maju.
Ahli-ahli politik kini perlu mengambil kira pandangan anak muda secara keseluruhan agar polisi-polisi yang dirangka mencerminkan keadaan semasa yang dihadapi oleh golongan belia dan anak muda. Contohnya seperti isu PTPTN dan pengajian tinggi.
InsyaAllah, usul #Undi18 akan dibahaskan pada minggu hadapan dan perlu mendapat sokongan 2/3 majoriti Dewan Rakyat.
Saya berharap pihak pembangkang dapat bersama dengan pihak kerajaan untuk melakukan pembaharuan yang bakal mencatat sejarah demokrasi politik negara.