PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN JOHOR BAHRU DIUGUT DENGAN CAT MERAH DAN BANGKAI AYAM
Saya telah dimaklumkan oleh staf saya yang tiba jam 7.20 pagi untuk masuk ke pejabat bahawa pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru telah disimbah cat dan seekor bangkai ayam beserta mesej ugutan kepada saya telah dicampak didepan pintu.
Satu laporan polis telahpun dibuat oleh staf saya.
Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Sekian, terima kasih.
AKMAL NASIR
AHLI PARLIMEN JOHOR BAHRU
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) MALAYSIA