Tiada sebab kembalikan cukai ditolak rakyat

Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang pernah diwar-warkan media sebelum ini.

Sekiranya diperkenalkan semula, rakyat akan terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Ini kerana mereka perlu membayar cukai sebanyak dua kali berbanding sistem SST.

Begitu juga dengan kesan terhadap pembayar cukai yang akan lewat mendapat bayaran balik kredit cukai input sekali gus memberi kesan kos kepada peniaga.

Menurut Mahathir, meskipun berlaku penyusutan hasil kutipan cukai menerusi SST, namun begitu ia merupakan masalah awal. Ini kerana apabila sesuatu cukai diperkenalkan pada peringkat awal sememangnya akan berlakuenyusutan kerana wujud perubahan termasuk dari segi sistem pengkomputeran untuk melaksanakan sistem cukai tersebut.

Dalam masa yang sama, perubahan sistem percukaian secara kerap bukan solusi terbaik buat negara, kerana langkah tersebut akan mengurangkan keyakinan pelabur dan seterusnya akan memberi imej yang kurang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *