Tangani masalah kartel dengan MyCC

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Fungsi MyCC adalah untuk bertindak sebagai badan separa kehakiman yang melindungi proses persaingan Malaysia dengan menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010).

Ini ekoran kewujudan amalan kartel dalam rantaian bekalan barangan terpilih sehingga menyebabkan harga sesuatu barangan naik pada paras harga melampau.

Keuntungan melampau boleh berlaku dalam seluruh rantaian barangan bekalan sama ada dari pengimport, pemborong atau pengedar.

Pengaruh kartel sangat besar dalam menentukan harga siling bagi sesuatu produk sehinggakan keuntungan yang diperolehi setiap peringkat melebihi 133 peratus.

Ketika ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh MyCC dalam memastikan harga barangan terpilih terus berada pada harga siling bermula dari siasatan, penalti kewangan sehinggalah senarai hitam syarikat.

Pelbagai garis panduan telah ditetapkan bagi memastikan setiap industri patuh kepada undang-undang persaingan.

Justeru, MyCC akan terus berperanan dalam memastikan tidak ada mana-mana pihak memonopoli sesuatu barangan pada kadar harga yang melampau.

Sekiranya anda menyedari kewujudan masalah kartel, kemukakan aduan anda pada link yang diberikan di bawah:

https://www.mycc.gov.my/bm/e-aduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *