Tangani lambakan pekerja asing dalam negara

BAHAGIAN 2

Satu persoalan yang mungkin timbul adalah mengapa majikan terlalu bergantung kepada pekerja asing?

Isu ini pasti akan berbalik kepada alasan yang sama – tiada rakyat Malaysia khusunya golongan muda atau graduan yang ingin melakukan kerja-kerja sukar, kotor dan berbahaya (3D).

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI) baru-baru ini – The School-To-Work Transition Survey, golongan belia menganggap pekerja asing sebagai pesaing dalam mendapatkan pekerjaan dalam negara.

Hampir 50 peratus daripada keseluruhan golongan belia merasakan bahawa golongan migran telah menggugat peluang mereka untuk mencari kerja. Walaupun dalam kerja-kerja yang berkemahiran rendah dan sederhana.

Rakyat Malaysia sanggup untuk melalukan kerja-kerja 3D, dengan syarat gaji yang diberikan setimpal dengan perbelanjaan dan kos sara hidup berkeluarga sekarang. Menurut KRI, daripada 200,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura, didapati 40 peratus daripada mereka memiliki pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana.

Malahan, Laporan BNM juga ada menulis pemerhatian bahawa industri yang mempunyai produktiviti rendah juga mempunyai peratusan pekerja asing berkemahiran rendah yang tinggi, dengan pergantungan yang lebih tinggi pada waktu kerja yang lebih panjang untuk menghasilkan output.

Satu kajian mendapati bahawa KDNK benar sejam bagi Korea Selatan bertambah daripada USD4.7 pada tahun 1980 kepada USD25.4 pada tahun 2010, manakala Malaysia hanya mencatat kenaikan daripada USD5.3 pada tahun 2000 kepada hanya USD7.1 pada tahun 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *