T20 tidak akan menerima subsidi petrol

Jika sebelum ini Program Subsidi Petrol (PSP) yang dicadangkan hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40), kini program PSP bakal diperluaskan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) menjelang Januari 2020.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mekanisme ini diperluaskan kepada golongan M40 setelah menerima maklum balas daripada rakyat.

Ini bermakna, golongan B40 akan menerima subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima berdasarkan senarai nama Bantuan Sara Hidup (BSH). Klik link untuk semakan: https://psp.kpdnhep.gov.my/mypsp/web/

Bagi golongan M40 pula, kementerian akan mempersiapkan satu pangkalan data khas dengan kerjasama Kementerian Kewangan, JPJ dan TNB untuk dapatkan data yang lengkap. Mereka akan menerima subsidi petrol sebanyak 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal dengan menggunakan Kad95 yang bakal diperkenalkan.

Namun begitu, syarat utama yang ditetapkan oleh kementerian ialah mereka memiliki kenderaan tidak melebihi dua buah kereta dan dua buah motosikal. Selain itu, kereta yang dimiliki haruslah berkapasiti 1600cc dan ke bawah atau kereta melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas. Bagi motosikal yang dimiliki pula perlu mempunyai enjin bawah 150cc atau motosikal 150cc ke atas yang berusia lebih 10 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *