Syarikat GLC perlu tawarkan latihan intensif

Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan latihan intensif tambahan kepada siswazah kumpulan B40 perlu disambut baik oleh semua pihak. Ini kerana sebanyak 60 peratus siswazah baharu yang menamatkan pengajian akan terus menganggur.

Kebanyakan dari mereka pula datangnya daripada golongan miskin yang amat memerlukan pekerjaan bagi mengubah realiti kehidupan.

Maka, syarikat-syarikat GLC termasuk konglomerat petroleum, Petronas digesa untuk menyediakan platform kepada graduan baharu daripada kumpulan B40 untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Kemahiran tersebut boleh ditingkatkan menerusi latihan asas selama beberapa tahun termasuklah latihan tambahan serta pemahaman terhadap teknologi digtal.

Usaha yang dicadangkan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang sesuai berdasarkan kemahiran yang mereka ada.

Dalam masa yang sama ia mampu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah baharu di Malaysia termasuklah mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *