Sesi libat urus bersama penduduk setempat

Pada hari Sabtu yang lalu telah berlangsung satu sesi libat urus bersama penduduk setempat yang disertai oleh Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, YB Dzulkefly dan beberapa pemimpin yang lain.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah hasrat penduduk PPR Sri Stulang untuk memiliki rumah sendiri.

Mereka mula menyewa di Sri Stulang sejak tahun 2008 dan kebanyakkan mereka adalah berasal dari Flat Lumba Kuda dan Flat Bukit Cagar.

Melalui semakan, PPR Sri Stulang tidak pernah diangkat untuk konsep sewa beli dan sebaliknya kekal sebagai rumah transit.

Namun, YB Exco telah mengemukakan opsyen bagi memberi peluang dan insyallah kita akan perhalusi melalui perbincangan lebih terperinci selepas ini.

Terima kasih kepada penduduk setempat yang hadir dalam sesi tersebut bagi menyuarakan cadangan dan pendapat.

Saya berharap setiap permasalahan dan isu yang dibangkitkan dapat ditangani dengan baik demi kesejahteraan rakyat Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *