Sembang hi-tea bersama perwakilan Johor

Pada Kongres Keadilan yang lalu, saya sempat berjumpa dan bersembang hi-tea bersama perwakilan dari Johor Bahru di Zai Music World.

Yang menariknya, mereka bukan sahaja menawarkan kelas muzik, tetapi mereka turut membimbing para pelajar mereka bagaimana cara untuk membina karier dalam dunia seni muzik.

Kaedah seperti ini akan memberikan kesan yang lebih berpanjangan kepada para pelajar dan tidak terbatas kepada memiliki kemahiran semata-mata.

Saya doakan perniagaan mereka berkembang maju dan dapat menyumbang kepada pembangunan bakat seni dan muzik tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *