Selamat mengundi warga Tg Piai

Rabu lalu saya telah turun ke Parlimen Tg Piai bersama rakan-rakan Pemuda PH yang lain untuk menyampaikan ceramah.

Saya mengambil peluang untuk menerangkan usaha dan inisiatif yang sedang diambil oleh kerajaan PH bagi meletakkan kembali negara ke landasan yang betul.

Esok merupakan hari pengundian bagi PRK Tg Piai. Saya berharap seluruh pengundi Tg Piai dapat melaksanakan tanggungjawab mengundi sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.

Semoga kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan dan calonnya, Hj Karmaine insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *