Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor

Semalam saya telah turut serta untuk sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Sambutan dimeriahkan dengan perarakan oleh pasukan-pasukan keselamatan negara, agensi-agensi kerajaan, kelab dan persatuan komuniti dan ramai lagi.

Saya berharap kita dapat menghayati makna Hari Kemerdekaan setiap hari dalam kehidupan kita dan tidak hanya pada 31 Ogos.

Dengan ini barulah kita boleh menghargai keamanan dan keharmonian kaum yang telah kita kecapi selama ini di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *