Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Melayu

Taklimat Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Melayu, Johor Bahru telah diadakan di MBJB yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Adib, Dato Bandar yang baru semalam.

Taklimat tersebut telah membincangkan hala tuju pembangunan di kawasan Kampung Melayu terutamanya dalam usaha memulihara keunikan, kesenian, keaslian dan sejarah asal Kampung Melayu serta menjana semula gerai-gerai makan sebagai tarikan pelancong.

Kami juga dimaklumkan mengenai data penduduk dan perniagaan (yang sah dan tidak sah) serta kaedah terbaik untuk kawal selia.

Kami semua setuju bahawa Kampung Melayu perlu diangkat statusnya kepada kampung warisan.

Turut hadir bersama adalah ketua-ketua jabatan dan Ahli-ahli Majlis yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *