Projek Pembangunan Infrastruktur PDRM

Menyedari khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh anggota polis terhadap keamanan negara, kerajaan telah meluluskan sebanyak 127 projek pembangunan infrastruktur PDRM pada tahun ini yang bernilai RM3.087 bilion di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM100 juta daripadanya telah diperuntukkan untuk menambah baik 12.409 unit kuarters polis dan RM100 juta lagi untuk membaiki 226 lif.

Peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri merupakan komitmen kerajaan bagi memastikan kebajikan anggota polis dan keluarga terus terbela di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Justeru, adalah diharapkan agar, pemberian yang diberikan mampu meningkatkan lagi keberkesanan pihak polis dalam melaksanakan tugas sebagai bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *