Program Townhall anak muda di Kluang

Semalam saya menjadi panelis townhall di Skatepark Dataran MPK, Kluang.

Kami menyantuni anak muda untuk mendapatkan pandangan mereka.

Saya berkongsi pengalaman rakan-rakan yang menggerakkan SPARK Malaysian Club bagi mendampingi anak-anak muda yang minat dengan aktiviti motorsikal.

Walaupun terdapat persepsi rakyat yang negatif terhadap kumpulan ‘mat rempit’ (istilah baru yang untuk rebranding #paipon) kita seharusnya mendekati mereka supaya anak-anak diterapkan dengan nilai-nilai yang baik.

Sebagai contoh, SPARK kini sedang giat menggerakkan kempen #kamipakaihelmet dengan tujuan memberi kesedaran kepada penunggang motorsikal mengenai aspek keselamatan.

Sementara anak muda digalakkan menggerakkan komuniti-komuniti sebegini, kerajaan sewajarnya bertindak sebagai pemudah cara bagi mereliasasikan hasrat anak muda.

Selain mewujudkan kemudahan-kemudahan, anak-anak muda dibimbing dari segi menambah kemahiran serta menghidupkan peluang ekonomi mereka seperti melalui peluang usahawan.

Terima kasih sdr Sheikh Omar atas inisiatif ini bagi pihak Kerajaan Negeri Johor.

Saya juga kagum mendengar perkongsian sdr Khai Aziz seoarang aktivis muda yang konsisten membawa mesej anti dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *