Program-program sambutan malam Hari Malaysia

Malam sambutan Hari Malaysia, saya telah bersama Exco Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YB Tuan Dr Ramakrishnan di Rumah Pangsa Larkin bagi merasmikan Konvoi Hari Malaysia di Dewan KRT Rumah Pangsa Larkin.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga keharmonian dan perpaduan kaum yang kita miliki terus berkekalan.

Malam sambutan Hari Malaysia turut dimeriahkan lagi dengan acara larian santai.

Saya berpeluang menyampaikan hadiah kepada para pemenang di acara Larian Malam Hari Malaysia Wadihana 2019 di Kampung Wadihana.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta!

Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik telah diadakan sebagai penutup kepada sambutan malam Hari Malaysia.

Saya berpeluang menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Sempena Sambutan Hari Malaysia 2019 yang diadakan di Dewan Taman Sinar Harapan.

Saya turut berkesempatan menyanyikan lagu patriotik bersama para tetamu jemputan dan peserta pada penghujung acara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *