Program BA100 platform kurangkan harga barang

Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah, program BA100 (Barang Asas 100) yang diperkenalkan mampu mengurangkan penglibatan orang tengah dalam setiap urusniaga, seterusnya merendahkan harga barangan keperluan harian.

Angkasa akan berperanan sebagai perantara bagi mengurangkan peranan orang tengah dalam pengedaran barang ke outlet terakhir. Langkah ini mampu mengurangkan kos jualan seterusnya membantu rakyat membeli barangan dengan harga berpatutan.

Perkara ini telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahukan program BA100 menjadi platform memasarkan produk-produk barangan keperluan utama rakyat.

Koperasi, pertubuhan yang terletak di bawah Angkasa mempunyai keanggotaan seramai 6.1 juta, mampu memainkan peranan penting membantu kerajaan menangani kos sara hidup melalui program pembangunan pemborongan, peruncitan dan pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *