Produk halal Malaysia akan ke Olimpik Tokyo 2020

Usaha kerajaan dalam menyebarluaskan pasaran produk halal tempatan ke peringkat global akan dilakukan menerusi temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo tahun hadapan. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, kerajaan bersetuju membangunkan Malaysia Street ketika Sukan Olimpik Tokyo dilangsungkan.

Pemberian tapak yang akan dibangunkan secara kerjasama antara kerajaan dan usahawan dijangka mampu mempromosikan produk-produk halal Malaysia secara langsung kepada 40 juta pengunjung Sukan Olimpik yang terdiri daripada pelbagai negara termasuklah penduduk setempat di Jepun.

Dijangka program Streeet Malaysia akan memberi pulangan yang besar kepada negara. Ini memandangkan pasaran halal di Jepun adalah bernilai RM1.2 bilion.

Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak kementerian telah melantik empat syarikat peneraju bagi menjadi ‘anchor’ untuk memasarkan produk halal Malaysia sempena temasya yang bakal berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *