Pertemuan bersama Dato’ Bandar Johor Bahru

Alhamdulillah 1 Januari 2020 saya berkesempatan bertemu dengan YB Dato Adib Azhari, Dato’ Bandar Johor Bahru.

Kami membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan kerajaan tempatan dan mencari kesefahaman agar perkhidmatan kepada masyarakat di Johor Bahru dapat ditambah baik.

Kami bersetuju perlu ada komitmen untuk mengurangkan aduan-aduan rakyat. Sekiranya perkara-perkara asas dapat disediakan dengan sempurna (seperti lampu jalan yang menyala, sampah-sarap yang dikutip, garisan jalan di jalan-jalan utama), maka tumpuan pihak Bandaraya dapat diberikan kepada perkara-perkara lain.

Koordinasi antara jabatan-jabatan dan agensi kerajan juga perlu diselaraskan dengan lebih baik agar kita boleh bertindak dengan lebih efisien dan efektif. Yang pasti rakyat mahu lihat hasilnya, bukan sekadar alasan.

Pada masa yang sama, keterlibatan masyarakat dalam memelihara bandaraya terutamanya melalui nilai-nilai sivik juga perlu dipertingkatkan dan diberikan pendedahan secukupnya.

Kita juga akan perhalusi Rancangan Kajian Khusus (RKK) agar rancangan ini dapat dilaksanakan secara berperingkat.

Saya berterima kasih kepada komitmen yang diberikan oleh Dato’ Bandar.

Moga tahun 2020 kita dapat tumpukan kepada kerja dan perkhidmatan kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *