Persidangan PAC kembali bersambung

Hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meneruskan kembali prosiding.

Walaupun Dewan Rakyat bersidang, ahli-ahli Parlimen yang menganggotai PAC perlu jalankan tanggungjawab bagi merungkai kes-kes salah laku melibatkan wang kerajaan dan rakyat.

Prosiding tadi melibatkan projek pembinaan sekolah sukan di Perlis yang terbengkalai dan gagal disiapkan selepas 8 tahun.

Bukan sahaja membazir masa, kos pembinaan juga meningkat.

Ketika waktu rehat tengah hari pula ada taklimat berkenaan dengan Akta berkaitan Foodbank yang akan dibahaskan esok.

Walaupun RUU ini bersifat ‘good samaritan’, saya bangkitkan beberapa persoalan bagi memastikan kebajikan pemberi dan penerima sumbangan makanan terbela.

Pada sebelah petang, saya juga mengadakan pertemuan dengan 3 kumpulan berbeza bagi membincangkan beberapa isu semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *