Perlindungan kanak-kanak daripada penderaan

Semalam, saya telah dijemput untuk program Perasmian Penutupan Seminar Menangani Kes Penderaan Kanak-Kanak di SJKC Foon Yew 3.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko dan terdedah kepada penderaan. Ini kerana mereka kurang berdaya untuk melawan dan tidak akan tahu cara untuk mendapatkan bantuan.

Penderaan yang mereka alami akan membuatkan mereka menjadi takut dan trauma. Oleh itu, ia akan menjadi sukar untuk mereka meluahkan cerita dan perasaan yang sebenar tentang apa yang dialami kepada orang lain.

Mereka juga sukar untuk mendapatkan akses kepada bantuan jika berlaku penderaan terutamanya yang berlaku dalam keluarga sendiri.

Oleh yang demikian, masyarakat perlu memainkan peranan dan perlu lebih peka terhadap persekitaran bagi melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan.

Saya berharap kita dapat bersama-sama menjurus kepada pembangunan kanak-kanak yang baik kerana merekalah generasi yang akan membentuk institusi-institusi keluarga dan membina masyarakat yang berkualiti di masa hadapan.

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, International Women’s Peace Group (IWPG) Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Johor yang telah berjaya melaksanakan program ini.

Penghargaan juga kepada penceramah Tuan Syed Azmi AlHabshi, seorang aktivis sosial dan para panelis berpengalaman – Dr Sopian Ibrahim (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor), ASP Pn Siti Aminah Mat Isa, pegawai D11 (Unit Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak) dan Dr Noraini Mohamed Noor (Pakar Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *