Perjumpaan bersama EXCO Perumahan Johor

Hari ini saya ke Kota Iskandar untuk bertemu dengan EXCO Perumahan, YB Dzulkefly Ahmad bagi membangkitkan isu-isu perumahan dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.

Perbincangan kami turut disertai oleh Sdr Haziq dari SUK Perumahan.

Seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini, saya bangkitkan perkembangan terkini berkenaan pemutihan Pangsapuri Desa Hajah Hasnah dan perpindahan Pangsapuri Desa Jaya yang masih tertangguh.

Saya turut kemukakan dapatan kajian oleh pasukan akademik sukarela Pusat Khidmat mengenai masalah tunggakan bayaran Rumah Pangsa Larkin yang semakin meruncing.

Kami berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat mulakan perbincangan yang terperinci untuk mencari jalan penyelesaian yang adil kepada semua.

Seterusnya saya sampaikan hasrat penduduk Flat Sri Stulang dan insyallah YB EXCO bersedia untuk bertemu dengan penduduk dalam masa terdekat.

Beberapa perkara lain turut dibincangkan termasuk soal pembangunan rumah mampu milik, keutamaan kepada B40 dan penguatkuasaan bagi menghalang mereka yang mengambil kesempatan.

Insyallah kita usahakan terbaik agar nasib rakyat kebanyakan dapat dibela dengan sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *