Perbincangan bersama sukarelawan pensyarah muda

Beberapa orang pensyarah muda telah menawarkan diri sebagai sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat #parlimenjohorbahru.

Saya telah meminta kumpulan ini untuk menumpukan isu-isu berbangkit berkaitan perumahan.

Hari ini kami perincikan permasalahan yang berlaku di Rumah Pangsa Larkin.

Walaupun pada awalnya saya berpandangan perlu ada rejunevasi bagi mengindahkan FlatĀ #Larkin, masalah paling utama adalah isu bayaran tunggakan.

Penduduk yang menghuni Rumah Pangsa adalah secara sewaan dan dari golongan B40.

Bayaran sewaan adalah sebanyak RM70 sebulan sehingga RM150 sebulan mengikut saiz rumah.

Namun hasil penelitian awal data, keseluruhan tunggakan telah mencecah jutaan ringgit!

Saya akan mengadakan pertemuan dengan EXCO Perumahan bagi membangkitkan perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *