Pengambilan pekerja asing perlu lebih telus dan bersasar

Umum mengetahui bahawa lambakan pekerja asing di Malaysia telah menjadi salah satu faktor utama yang merencat pertumbuhan ekonomi negara.

Pekerja asing yang berlebihan telah menyebabkan gaji yang tidak meningkat (stagnant wages), kelembapan industri berasaskan inovasi serta peluang bekerjaan yang semakin sengit untuk pekerja tempatan.

Oleh yang demikian, saya telah mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Sumber Manusia berkaitan usaha-usaha yang dijalankan bagi mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing, khususnya dalam sektor pertanian dan pembinaan.

Menurut Kementerian:

(a) hanya majikan berkeupayaan (genuine) dan mematuhi
standard perburuhan seperti pematuhan gaji minimum,
menyediakan kemudahan kediaman beserta kemudahan asas
dan tiada rekod pelanggaran kes buruh sahaja
dipertimbangkan memohon pekerja asing.

(b) menetapkan ratio pekerja warganegara dan pekerja asing
bagi menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia;

(c) akan melaksanakan kadar baharu bayaran levi secara
progresif mengikut bilangan pekerja asing yang diperlukan
oleh majikan dijangka pada tahun 2020.

(d) pembiayaan latihan di bawah Pembangunan Sumber
Manusia Berhad melalui caruman levi majikan untuk melatih
semula pekerja bagi meningkatkan kemahiran pekerja
terutamanya dalam sektor pembuatan, pembinaan dan
perlombongan.

Saya berharap inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini secara tidak langsung akan menjurus kepada peralihan industri ke arah mekaninsasi dan automasi.

Ini kemudiannya akan menyumbang kepada kewujudan pekerjaan-pekerjaan berkualiti tinggi dan seterusnya akan menawarkan gaji yang lebih setimpal kepada pekerja tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *