Penempatan pegawai SPRM di Pejabat MB

Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar (MB) merupakan satu langkah yang tepat. Langkah ini perlu disokong oleh kesemua pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti di setiap pejabat MB dapat dipantau seterusnya membasmi masalah rasuah.

Ini kerana pejabat MB mempunyai risiko yang tinggi untuk berlaku kegiatan rasuah dan penyelewengan khususnya bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan lumayan.

Dalam masa yang sama, langkah ini membuktikan bahawa SPRM serius menangani masalah rasuah dalam kalangan pemimpin utama, bukan sekadar golongan kebanyakan. Tidak ada lagi istilah ‘ikan jerung’ yang terlepas dari dakwaan rasuah.

Selain tujuan memantau, penempatan pegawai SPRM di pejabat MB mampu memudahkan urusan pentadbiran kerajaan bagi mendapatkan rujukan dan pandangan mengenai kes-kes rasuah. Selain itu, ia mampu mengawal berlakunya rasuah di pejabat kerajaan negeri.

Ketika ini kerajaan negeri Perlis dan Kelantan masih berteka-teki dalam menerima cadangan meletakkan pegawai SPRM di pejabat MB. Apa pandangan anda? Sila nyatakan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *