Empat lebuhraya bertol akan diambil alih kerajaan

Kementerian Kewangan dalam usaha untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol. Lebuh raya tersebut ialah Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Terowong SMART (SMART) dan Lebuh raya Shah Alam (KESAS).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, keempat-empat lebuh raya ini menguasai 48 peratus daripada jumlah pendapatan lebuh raya bertol di bandar.

Pengambilalihan tersebut akan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Ia sebagai langkah pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan beban pengguna.

Berdasarkan rundingan dengan pihak konsesi tol, kerajaan bakal mengeluarkan peruntukan sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat.

Tawaran ini adalah berdasarkan situasi menang-menang bagi semua pihak. Dijangka proses pengambilalihan dapat diselesaikan pada 31 Disember tahun ini.

Antara mekanisme kutipan tol terbaharu ialah melalui kutipan caj kesesakan pada waktu puncak berbandiang sebelum ini iaitu caj yang dikenakan pada setiap pengguna.

Hasil kutipan caj akan digunakan untuk membayar balik hutang dan kos operasi penyenggaraan lebuhraya tersebut. Lebihan hasil akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia.

Economics 101: Supply and Demand curve.

Teringat waktu belajar Economics di universiti dahulu ha3

Saya cuba untuk membuat gambaran bagi sektor perumahan sekarang, berdasarkan laporan-laporan artikel dan akhbar berkaitan.

Isu ini sebenarnya boleh dilihat daripada pelbagai aspek tapi saya lebih suka untuk melihat daripada aspek gaji pekerja di Malaysia yang rendah.

Berdasarkan laporan Khazanah Research Institute (KRI), antara tahun 2014 dan 2016, median harga rumah telah meningkat pada kadar 26.5% (RM175,000 ke RM280,000).

Sedangkan median pendapatan isi rumah meningkat pada kadar yang lebih rendah yakni hanya 11.7%!

Graduan universiti dan anak muda khususnya adalah kumpulan yang paling terbeban dengan harga rumah yang mahal.

Oleh itu, perlu ada penyelesaian ke arah meningkatkan pendapatan golongan pekerja di Malaysia dan pada masa yang sama, mengawal kenaikan harga rumah.

Persoalannya sekarang, jika kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli, habis tu kenapa pemaju masih membina rumah-rumah yang dikatakan mahal yang berharga RM300K ke atas?

Hal ini mungkin berbalik semula kepada masalah yang lain yakni jurang pendapatan isi rumah dalam masyarakat Malaysia yang dilaporkan semakin melebar.

Masalah ini adalah terlalu rumit jika hendak diselesaikan secara bersendirian.

Pihak swasta harus bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi mencari jalan keluar yang terbaik.

Malaysia Baru perlu meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama dalam pembangunan ekonomi negara.

MUNGKIN UMNO KEKAL SAMA SAHAJA

Saya menyambut baik kenyataan balas Dato’ Seri Mohamad Hasan, pemangku Presiden UMNO terhadap saranan saya agar UMNO memulangkan semula dana yang dikatakan diterima dari 1MDB.

Cadangan tersebut dibuat memandangkan Dato’ Seri Mohamad Hasan mempunyai ketokohan tersendiri dan mengambil peluang keemasan ini untuk meletakkan pemulihan UMNO di landasan terbaik.

Apalah nak dibandingkan dengan saya sebagai seorang anak muda yang baru dalam politik dan hanyalah Ahli Parlimen biasa.

Namun hujah beliau tidak konsisten.

Sebelum ini alasannya adalah wang yang diterima sekiranya benar dari 1MDB telahpun dibelanjakan dan yang tinggal sekarang wang yang ‘bersih’. Sekarang, alasannya dana UMNO telah dibekukan maka tidak boleh dipulangkan balik.

Apakah dalih seterusnya kita pun kurang pasti.

Namun, saya hargai komitmen beliau untuk menghormati proses undang-undang.

Kes 1MDB ini bukan hanya disiasat di Malaysia, tetapi tindakan mahkamah juga diambil di peringkat antarabangsa.

Ketika Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam proses mendapatkan semula aset 1MDB, selebriti seperti Leonardo Di Caprio dan Miranda Kerr telah bertindak memulangkan barang yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB terlebih dahulu.

Mereka tetap beri kerjasama kepada Jabatan Kehakiman untuk memberikan keterangan dan sebagainya tetapi memilih jalan yang lebih berani untuk membersihkan nama dengan bertindak terlebih dahulu.

Mungkin mereka sedar dana tersebut adalah wang rakyat dan mereka langsung tidak mahu terpalit atau bersubahat walaupun sebagai penerima sumber haram.

Adakah kita boleh mengharapkan integriti dan etika yang sama?

Mungkin kita kena faham bebanan dan cabaran Dato’ Seri Muhamad Hasan untuk memulihkan UMNO.

Walaupun beliau ada potensi, yang lain-lain belum tentu lagi.

Sekiranya kepimpinan beliau masih terus dibayangi oleh pengaruh Dato’ Seri Najib, bagaimana UMNO boleh berubah?

Dato’ Seri Muhamad Hasan mungkin ada ketokohan, tetapi pendekatan jalan selamat akan menyebabkan UMNO akan kekal sama sahaja.

Cuma saya mengharapkan kerajaan akan berjaya mendapatkan balik dana 1MDB dan dipulangkan kembali kepada rakyat Malaysia.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Anugerah Cemerlang IPG Temenggong Ibrahim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim.

Tahniah kepada semua pensyarah dan siswa guru yang telah diberikan penghormatan atas usaha dan pengorbanan mereka mendidik bakal guru-guru kita.

Mereka mengingatkan saya satu gurindam:-

Jika anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih

Itulah bebanan mereka kepada masyarakat.

Moga IPG Temenggong Ibrahim terus melahirkan tenaga pengajar yang bermutu tinggi.

Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan rumah terbuka Parlimen Johor Bahru pada hujung minggu lepas.

Mereka yang hadir terdiri daripada rakyat biasa yang rata-rata datang bersama keluarga, wakil kedutaan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan penjawat awam, anak-anak dan mereka yang kurang upaya dari rumah-rumah kebajikan serta rakan-rakan berbilang bangsa.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kehadiran ribuan pengunjung dan saya bersyukur kerana dibantu oleh pasukan sukarelawan dan petugas yang amat komited untuk menjayakannya.

Saya mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan. Insyallah kita sama-sama membantu dan berusaha ke arah kebaikan.

Album penuh gambar-gambar sekitar majlis Rumah Terbuka Aidilfitri boleh rujuk di bawah.

https://www.facebook.com/pg/pkrjbofficial/photos/?tab=album&album_id=674140559666499&__tn__=H-R

“The Rise Of Terrorism, Extremism and Radicalisation…”

Saya telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan kerja “The Rise Of Terrorism, Extremism and Radicalisation: A Parliamentary Perspective”.

Perbincangan tersebut berlangsung semalam dengan disertai seramai 20 orang Ahli Parlimen daripada 8 buah negara ASEAN.

(Indonesia dan Thailand tidak hadir kali kerana baru selesai Pilihanraya).

Setiap negara diberi peluang untuk membentangkan laporan negara masing-masing dan diikuti dengan pebincangan untuk persetujuan kenyataan bersama.

Selaku Setiausaha kepada Kumpulan Kerja, saya telah membentangkan laporannya pagi tadi kepada Chairperson dan 51 orang delegasi ASEAN.

Ucapan penggulungan boleh ditonton di https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/videos/2284566328255805

Bagi mereka yang mengikuti page saya, persediaan AIPA Caucus telah bermula sebelum Ramadan lagi.

Sebagai tuan rumah, Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan penganjuran berjalan lancar dan hasil perbincangan yang memuaskan untuk diangkat ke peringkat ASEAN (AIPA Caucus).

Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat daripada Parlimen, pelbagai Kementerian, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Alhamdulillah, siri-siri perbincangan dan rundingan beberapa bulan ini berakhir dengan penganjuran AIPA Caucus.

Seterusnya, tanggungjawab tuan rumah diserahkan kepada Myanmar untuk Caucus tahun hadapan.

Menghadiri WTO workshop di Singapura

Saya telah menghadiri World Trade Organization (WTO-Parliamentarian) workshop di Singapura.

Workshop ini telah dirasmikan oleh Speaker Parlimen Singapura dan membariskan penceramah daripada WTO, akademik dan juga daripada industri.

Salah satu perbincangan yang menarik adalah berkenaan trade war antara Amerika dan China.

Dr Yukon Huang membentangkan hujah yang berbeza daripada pandangan massa.

Rumusan beliau:- 1. Pergaduhan antara China dan Amerika bukan sebab ekonomi, tetapi kepada sentimen untuk dilihat kuasa dunia.

2. Berdasarkan data, mustahil untuk China mendahului Amerika dalam tempoh terdekat.

3. Sebaliknya, trade war akan merugikan kedua2 negara.

4. Jangka masa panjang, Amerika akan menanggung kerugian paling besar.

5. Negara-negara lain turut terkesan seperti Malaysia, namun ada industri yang akan terima kesan positif.

Harga keperluan asas terkawal di musim perayaan

Dengar cerita harga barang makanan keperluan asas perayaan seperti ayam dan daging agak murah/terkawal tahun ini.

Betul ke?

Alhamdulillah. Patutlah saya rasa macam banyak makan rendang Raya kali ni ha3

Daripada facebook Menteri KPDNHEP YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail

Terima kasih atas maklumbalas pergerakan harga barangan ketika Aidilfitri. Saya meneliti komen-komen yang diberikan di media sosial. Ada yang positif, ada juga menyampaikan aduan. Semua ini dipantau oleh pasukan Kementerian.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dilaksanakan oleh Kementerian untuk pastikan harga berpatutan kepada pengguna. KPDNHEP telah menambahkan senarai barangan di dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Kawalan harga ini bertujuan agar harga barangan keperluan tidak meningkat naik dan berpatutan untuk pengguna terutamanya di musim perayaan.

(Senarai barangan: https://www.kpdnhep.gov.my/…/SENARAI-BARANGAN-SHMMP-HRP-201…)

Harga yang rendah untuk rakyat, alhamdulilah.

Kalau ada yang terlalu mahal, boleh laporkan kepada Kementerian menerusi medium sedia ada.

(https://eaduan.kpdnhep.gov.my)

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Dato’ Onn

Alhamdulillah semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka di Kampung Dato’ Onn, Larkin yang dianjurkan oleh MPKK Kampung Dato’ Onn Jaafar.

Terima kasih kepada penduduk kampung dan jemaah setempat yang telah hadir memeriahkan majlis.

InsyaAllah rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen akan diadakan pada 16 Jun (Ahad) nanti. Pengumuman lanjut akan dibuat.

Program Belia Sayang Asnaf AMK Johor

Program Belia Sayang Asnaf yang dikelolakan oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor.

Penyerahan sumbangan untuk 500 orang yang akan diagihkan ke seluruh negeri.

Seramai 25 orang penerima telah menerima bantuan di Johor Bahru pagi tadi manakala selebihnya akan diagihkan oleh AMK di kawasan masing-masing.

Terima kasih kepada penyumbang dan juga AMK cabang-cabang yang sudi menyantuni mereka yang memerlukan.