Operasi pembersihan Sg Tebrau, Johor Bahru

Telah turut serta dalam Operasi Pembersihan Sg Tebrau (turun melalui Kg Bakar Batu), Johor Bahru, 17 November lalu,. Ini adalah sebahagian daripada Program OP Bersrau (Bersihkan Sungai Tebrau), Gotong Royong Pengurangan Risiko Banjir Tahun 2019 sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional.

Pencemaran sungai ini banyak dengan objek-objek terapung seperti plastik & polystyrene. Ini menunjukkan penceraman sungai ini berpunca daripada pembuangan sampah dari darat.

Jujurnya usaha sebegini tidak akan mampu mencapai kesan yang maksima tanpa kesedaran masyarakat berkenaan pencemaran sungai.

Patut kita buat #challengeforchange?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *