Menghayati ibadah korban bersama penduduk setempat

Allahuakhbar!

Alhamdulillah. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dan melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.

Selesai bahagian saya dan keluarga di Masjid Ar Raudhah, saya berkesempatan untuk singgah di 9 lokasi yang mengadakan Qurban pada hari raya pertama dan 5 lokasi pada hari ini dalam Parlimen Johor Bahru.

Tujuannya adalah sebagai tanda berterima kasih kepada qariah dan juga sukarelawan yang sama-sama membantu menjayakan aktiviti di komuniti masing-masing.

Saya juga bersyukur dan seronok apabila hubungan ukwah terus dibina dan dapat mengenali dengan lebih dekat.

Sebagai seorang yang muda, tidak salah untuk kita sentiasa mendengar nasihat dan berdamping dengan mereka yang penuh pengalaman.

Boleh rujuk page Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru untuk gambar-gambar di setiap lokasi.

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *