MEMUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN DI JOHOR BAHRU

Persatuan Mesra Wanita – Perawan telah ditubuhkan di Johor Bahru dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat bagi membantu kaum wanita meningkatkan taraf hidup selaras dengan matlamat dan hasrat kerajaan memperkasakan peranan wanita di dalam sektor perniagaan.

Antara matlamat utama PERAWAN adalah untuk memperkasakan wanita ke dalam arus perdana pembangunan negara dan memberi peluang untuk wanita mencapai potensi dalam semua bidang.

Oleh itu, saya ingin menjemput para wanita khususnya di Johor Bahru yang berminat untuk menjalankan perniagaan untuk menyertai persatuan ini.

InsyaAllah pelbagai program akan diatur bagi merancakkan aktiviti ahli-ahli di samping medapatkan sokongan agensi-agensi kerajaan tempatan.

Jemput “Like” facebook page Persatuan Mesra Wanita – Perawan dan sebarkan maklumat ini kepada seramai yang mungkin.

Jangan risau, ini bukan skim MLM! Ha3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *