Melawat mangsa kebakaran di Kg Melayu Majidee

Selepas selesai program dan beberapa mesyuarat, saya sempat ziarah mangsa kebakaran di Jalan Budiman, Kg Melayu Majidee.

Mangsa merupakan seorang wanita Warga emas, yang ketika itu bersendirian menjaga 2 orang cucunya.

Alhamdulillah beliau sempat selamatkan diri bersama 2 orang cucu.

Pihak bomba cuba sedaya upaya kawal kebakaran daripada merebak ke rumah sebelah.

Mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Pihak JKM telah turun ke lokasi. Majlis agama & Yayasan Bandaraya akan turun esok.

Terima kasih kpd warga JB yang prihatin yg turut bagi sumbangan.

Saya telah berbincang dengan Penghulu Mukim untuk dapatkan rumah PPR kepada mangsa.

Terima kasih juga kpd YB Izhar yg antara terawal ke lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *