Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan

Minggu lalu saya telah bersama dalam satu Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan yang diadakan di Auditorium SJKC Foon Yew 4.

Program ini telah berjaya melibatkan 160 orang pelajar dari 16 buah sekolah di sekitar kawasan Parlimen Johor Bahru.

Penerima bantuan tersebut telah dipilih oleh guru-guru dari sekolah masing-masing yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan atau B40.

Berikut merupakan senarai nama sekolah yang terlibat:

1. SK MAJIDI BARU
2. SK TEBRAU BAKAR BATU
3. SK SRI TEBRAU
4. SK TAMAN PELANGI
5. SK TANJUNG PUTERI
6. SK MOHD KHIR JOHARI
7. SK ANGKATAN TENTERA
8. SK KOMPLEKS UDA
9. SK BANDAR UDA 2
10. SK TAMAN SURIA
11. SK TASEK UTARA
12. SK LARKIN 1
13. SK LARKIN 2
14. SJKC FOON YEW 1
15. SJKC FOON YEW 3
16. SJKC FOON YEW 4

InsyaAllah semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *