Majlis Makan Malam Penghargaan Petugas Ragbi

Semalam, saya telah hadir ke Majlis Makan Malam Penghargaan bagi Petugas-Petugas Acara Ragbi Sevens Piala YB Akmal Nasir di Hotel Seri Malaysia.

Kejohanan Ragbi Sevens adalah salah satu acara besar utama yang telah berlangsung bulan lalu yang menghimpunkan para peminat dan pemain sukan Ragbi dari seluruh Malaysia.

Malah, kejohanan inj turut berjaya menarik minat penyertaan negara-negara luar seperti Singapura dan Sri Lanka.

Saya kagum dengan semangat dan usaha yang dicurahkan oleh pasukan penganjur bagi menjayakan kejohanan Ragbi berprestij ini.

InsyaAllah saya berharap kejohanan ini akan dapat terus dianjurkan di Johor Bahru dengan lebih grand dan awesome.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *