Majlis Makan Malam bersama masyarakat Tionghua

Saya telah diundang ke majlis makan malam yang dihadiri ribuan pengunjung masyarakat Tionghua anjuran Persatuan Guan Sheng di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru semalam.

Saya diminta memberi ucapan perasmian dan saya gunakan peluang untuk membawa mesej keharmonian dan persahabatan.

Pertama, kita perlu terapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Sebagai contoh, dalam perjuangan KEADILAN, kita perlu berlaku adil dan tidak boleh menzalimi mana-mana rakyat. Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, kita perlu raikan masyrakat pelbagai kaum dan agama dengan saling menghormati satu sama lain.

Kedua, kehadiran saya adalah sebagai semangat persahabatan. Kita boleh berkawan dan saya merupakan wakil rakyat yang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan keseluruhannya di Johor Bahru.

Berkaitan isu-isu semasa, saya menerangkan mengenai keputusan Kerajaan mengenai tulisan Jawi dan tanggungjawab ibu bapa dan sekolah untuk membuat pilihan.

Sebagai penutup, saya mengingatkan hadirin bahawa tidak kira bangsa, jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memainkan sentimen perkauman.

Hakikatnya, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Insyallah, sama-sama kita mempertahankan keharmonian negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *