Lawatan PPD Johor Bahru ke Parlimen Malaysia

Pada minggu terakhir sesi Parlimen yang lalu, saya telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru di Parlimen Malaysia.

Lawatan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman bagaimana sistem Parlimen berfungsi di samping mengeratkan lagi hubungan antara Ahli Parlimen dan agensi kerajaan.

InsyaAllah di sesi seterusnya mungkin kita akan susun lawatan dari sekolah-sekolah di Johor Bahru bagi meningkatkan kesedaran pelajar sekolah berkaitan sistem politik negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *