Lawatan kerja ke syarikat SAJ Ranhill

Pada minggu lalu saya telah mengadakan lawatan ke pejabat SAJ Ranhill di Larkin, Johor Bahru.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami operasi syarikat yang bertanggungjawab mengurus sistem bekalan air di Johor.

Satu sesi penerangan ringkas juga telah diberikan berkaitan cabaran serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan sistem bekalan air beroperasi dengan baik.

Saya berharap SAJ Ranhill dapat sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan demi manfaat para pengguna khususnya di Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *