Kerajaan ulangi pendirian mansuhkan akta drakonian

Hasil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian untuk meminda undang-undang bersifat drakonian secepat mungkin. Antara undang-undang yang terangkum di dalamnya ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Komitmen ini diulangi selepas usaha memindanya tertangguh pada peringkat awal disebabkan oleh faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Pindaan undang-undang bersifat drakonian merupakan salah satu janji yang disepakati parti-parti komponen PH pada pilihan raya umum lalu yang harus ditunaikan. Langkah ini bagi memastikan undang-undang tersebut tidak disalah guna dengan siri-siri tangkapan tanpa bicara.

Prosedur utama yang akan dilakukan ialah dengan membentangkan usul pindaan undang-undang tersebut ke Parlimen secepat mungkin sama ada pada sdang Parlimen kali ini atau pada sidang akan datang bagi mendapatkan reaksi yang menyeluruh.

Saya berharap kerajaan dapat segera memulakan proses pemindaan Akta SOSMA seperti yang telah dijanjikan sebelum ini agar selari dengan hak asasi manusia.

Ia juga penting bagi mengelakkan daripada berlaku penyalahgunaan kuasa yang oleh ahli-ahli politik seperti yang pernah berlaku dalam kerajaan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *