Kejohanan sulung ragbi JB Sevens!

Tahun ini bakal menyaksikan Kejohanan Ragbi JB Sevens yang diadakan secara julung kalinya pada hujung minggu ini, yakni 6 dan 7 Julai 2019.

Sebanyak 50 pasukan (majoriti daripada Johor dan beberapa daripada negeri lain) akan bersaing dalam JB Sevens bagi merebut Piala YB Akmal Nasir.

Kategori-kategori kejohanan adalah under-11 sekolah rendah, under-14 dan under-16 sekolah menengah.

Terdapat juga perlawanan istimewa di mana Otai Ragbi Johor menentang bekas pemain English College Johor Bahru (Maktab Sultan Abu Bakar).

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama sukan ragbi dapat bermain semula di padang Dataran MBJB selepas enam tahun yang lalu (tahun terakhir 2013).

Saya yakin para peminat sukan ragbi di Malaysia ternanti-nantikan kejohonan ragbi JB Sevens ini.

Oleh itu, saya ingin mengajak orang ramai khususnya di Johor Bahru untuk datang memberikan sokongan dan sama-sama memeriahkan lagi kejohanan JB Sevens pada hujung minggu ini!

Jom tengok ragbi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *