Industri francais pemacu sektor keusahawanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), bakal menjadikan industri francais sebagai sektor penting yang mampu memberi impak penting buat negara. Ia bukan sahaja memberi sumbangan kepada pembangunan usahawan dan membuka peluang pekerjaan, dalam masa yang sama mampu memberi nilai tambah kepada kepuasan kehidupan pengguna.

Langkah ini amat penting kerana pihak kementerian ingin menyasarkan industri francais menjadi sektor uutama yang menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Melalui Ekspo Francais Kebangsaan (NFeX), program-program pembangunan francais negara akan dipertingkatkan, seterusnya membantu memberi persekitaran yang kondusif kepada industri francais secara keseluruhannya.
Kewujudan program-program pembangunan francais amat penting kerana mampu menjadi batu loncatan dalam menggalakkan penggunaaan jenama francais Malaysia.

Antara langkah strategik yang mampu dilaksanakan oleh kementerian ialah melakukan padanan perniagaan, demonstrasi produk dan perkhidmatan, promosi, klinik francais, sesi perkongsian,pendidikan serta program kesedaran.

Ketika ini, terdapat 66 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 65 buah negara dengan lebih 4,200 cawangaan di seluruh dunia dicatatkan pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *