Hasil kejayaan program Food Bank

Sejak diperkenalkan pada Disember tahun lalu, Program Food Bank Malaysia di bawah inisiatif Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebanyak 311,189 isi rumah seluruh negara telah menerima manfaat sehingga bulan Ogos tahun ini. Selain Food Bank Malaysia, Program Food Bank Siswa pula telah berjaya memanfaatkan seramai 4,970 mahasiswa yang merupakan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Maka inisiatif Program Food Bank yang diperkenalkan ini secara tidak langsung membantu meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan rakyat.

Selain meringankan beban, program ini juga turut mampu mengatasi masalah lebihan makanan sebanyak 1,701 tan metrik sehingga bulan Ogos tahun ini. Jumlah lebihan makanan ini amat tinggi iaitu bernilai RM8.51 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *