Harga pasaran kelapa sawit terus meningkat!

Berita baik buat pekebun-pekebun kecil kelapa sawit. Harga minyak sawit mentah (MSM) terus mencatatkan kenaikan semenjak bulan Oktober yang lalu sehingga kini. Peningkatan ini sudah pasti akan meningkatkan pendapatan para pekebun kecil kelapa sawit.

Laporan dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada Oktober lalu MSM telah memaparkan kenaikan harga jauh lebih tinggi daripada jangkaan. Ia berikutan pengeluaran hasil sawit yang menurun pada bulan tersebut. Malah pengeluaran hasil pada bulan November juga turut mencatatkan penurunan.

Disebabkan hasil minyak sawit yang menurun telah menyebabkan berlakunya permintaan melebihi penawaran. Hal ini sekaligus menjadi punca kenaikan pasaran harga MSM.

Bagi penyelidik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa, senario peningkatan MSM akan berterusan pada suku pertama tahun hadapan ekoran permintaan yang lebih tinggi terutama ketika menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan kedatangan Ramadan serta Syawal.

Selain itu pembelian secara agresif daripada China telah menjadi penyumbang ke arah kenaikan harga komoditi utama negara. Begitu juga dengan promosi berterusan oleh kerajaan yang telah menyebabkan banyak negara lain telah membeli minyak sawit dari Malaysia.

Ketika ini, harga pasaran kelapa sawit telah meningkat daripada RM320 kepada RM450 untuk satu tan hanya dalam masa satu minggu. Apa pandangan anda? Sila nyatakan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *