FGV terima penarafan Sijil Pengurusan Anti Rasuah

Buat pertama kalinya FGV Holdings Berhad (FGV) menerima pengiktirafan antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS). Pensijilan yang diperolehi ialah pensijilan ISO 37001:2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, untuk memastikan ABMS benar-benar berkesan, syarikat akan memastikan setiap pekerja menjadi lebih peka dan terlatih bagi mencegah perbuatan rasuah atau sogokan daripada berlaku. Tiga fokus utama yang cuba dibanteras oleh FGV iaitu penyalahgunaan kuasa, penipuan dan rasuah.

Standard ISO 37001:2016 memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Seksyen 17A Akta SPRAM 2009 (Pindaan) dan Garis Panduan Prosedur Adil yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020. Standard ini menjadi panduan bagi membantu organisasi menubbuhkan, melaksanakan, menyelenggara dan meningkatkan program anti-rasuah.

Diharapkan agar, pengiktirafan ini akan dapat mengembalikan reputasi dan memulihkan nama baik FGV sebagai syarikat korporat profesional dan terkemuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *