Ini bukan perjuangan saya seorang, tetapi ini adalah perjuangan kita bersama.

Ayuh sertai dan sokong usaha ini!

Memandangkan rasuah semakin berleluasa, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan budaya politik bersih yang berakauntabiliti. Ini dapat dibuktikan dengan keberkesanan dan kesanggupan kita untuk memerangi pelbagai skandal rasuah.

 

Selain itu, kempen ini telah berjaya membantu komuniti setempat dalam meningkatkan taraf hidup mereka melalui pelbagai projek inovasi sosial.

 

Masa semakin suntuk, dan ayuh sertai perjuangan ini untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik!

Apa yang kita perjuangkan?

Tadbir Urus yang Telus dan Tatakelola Baik
Perumahan sebagai Hak Asasi Manusia
Peluang Lebih Baik untuk Belia
Kos Sara Hidup yang Lebih Berpatutan

Baca lebih lanjut tentang Akmal Nasir dan usahanya dalam meningkatkan suara rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Johor Bahru

Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, atau lebih sinonim dengan nama Akmal Nasir, merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru. Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah bekerjasama dengan Rafizi Ramli melalui National Oversight and Whistleblower (NOW), yang terkenal dengan mendedahkan pelbagai skandal rasuah oleh kerajaan BN.

Dari tahun 2018 hingga tahun 2022, Akmal Nasir telah menggalas jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Ketika ini, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Strategi Parti KEADILAN di peringkat nasional.

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, Akmal Nasir sentiasa tidak gentar daripada bercakap benar dalam memastikan politik di Malaysia yang lebih bersih, melawan rasuah dan dalam masa yang sama sentiasa membangkitkan kepentingan dan suara rakyat Johor Bahru.

Pendidikan

Akmal Nasir merupakan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Kuala Kangsar, Perak. Sejak dari MCKK, beliau telah terlibat secara langsung dengan organisasi pemimpin pelajar. Keputusan akademiknya yang cemerlang membuatkan beliau berjaya mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Wisconsin-Madison.

 

Semasa belajar di sana, beliau berjaya menamatkan pengajian dengan dua ijazah dalam Sains Aktuari dan Ekonomi dengan keputusan yang baik. Berlatar belakangkan pendidikan dan pengetahuan yang luas, beliau memilih untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Kerjaya Politik Awal
Sejak fasa awal karier politiknya, Akmal Nasir telah dikenali sebagai seorang aktivis politik muda yang lantang menentang rasuah. Beliau telah berjaya  mendedahkan pelbagai kes rasuah berprofil tinggi, walaupun menerima pelbagai ugutan. Dedikasi beliau dalam memerangi skandal rasuah dapat dilihat apabila beliau mendedahkan skandal rasuah YaPEIM dan baru-baru ini bersuara terhadap isu skandal Kapal Tempur LCS.

 

Sejak itu, beliau bersama rakan-rakannya, Rafizi Ramli, Izzah Anwar, Nik Nazmi dan ramai lagi telah menjadi pemangkin kebangkitan anak muda di KEADILAN.

Apa yang Kami Perjuangkan?

FoodBank JB telah dirasmikan pada tahun 2019 oleh YB Akmal Nasir sebagai salah satu inisiatif untuk membantu kebajikan warga Johor Bahru. Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu program yang mendapat perhatian yang luar biasa dari masyarakat, terutamanya sewaktu musim PKP.

 

Inisiatif mampan ini telah berjaya menyalurkan lebihan bekalan makanan yang berkualiti kepada keluarga yang memerlukan. Usaha ini telah berjaya mengurangkan pembaziran makanan, di samping membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan. Sehingga hari ini, RM700,000 keperluan asas telah berjaya disalurkan kepada lebih 7,000 isi rumah di sekitar kawasan Johor Bahru.

Program Tuisyen Komuniti #ParlimenJB telah dilancarkan untuk membantu pelajar SPM dalam persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2018 dan ianya dijalankan secara percuma.

 

Ini adalah selaras dengan matlamat untuk membantu pelajar berpendapatan rendah mendapat pendidikan tambahan yang berkualiti. Inisiatif ini bermula selepas mendengar kebimbangan ramai ibu bapa yang merasakan kos untuk mendapatkan pendidikan tambahan semakin mahal.

 

Selain itu, #TabungSiswaJB telah menghulurkan bantuan ‘one off’ kepada lebih 500 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi, diploma dan ijazah.

Rumah Komuniti Wargamas Parlimen Johor Bahru ialah satu inisiatif mampan di mana kami membantu warga emas di Johor Bahru membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan perubatan percuma ini bertujuan untuk memastikan kualiti hidup warga emas di Johor Bahru kekal tinggi dan sihat.

 

Rumah Komuniti ini terletak di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru dan turut menawarkan aktiviti seperti kelas kemahiran dan riadah selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain menyalurkan sumbangan ehsan dan kebajikan, Akmal Nasir turut memberi penekanan untuk membantu terutamanya golongan muda dan Wanita meneruskan kelansungan hidup.

 

Beberapa program bimbingan usahawan telah dilaksanakan seperti kelas kemahiran dan pendedahan kaedah perniagaan terkini. Usaha ini disusuli dengan program ‘incubator’ yang membantu usahawan secara langsung dari segi dana dan keperluan logistik bagi penjanaan  pendapatan yang lebih baik.

Sejak tahun 2018, Akmal Nasir telah memberi tumpuan kepada pembangunan belia di Johor Bahru. Pelbagai inisiatif dilancarkan untuk menyokong belia termasuklah kejohanan bertaraf nasional dan negeri seperti Kejohanan Rabgi JB7 dan Pertandingan Terbuka BMX Basikal Johor.

 

Selain itu, pelbagai sukan peringkat komuniti turut dijalankan seperti pertandingan bola sepak, badminton, catur, dart, skateboard, sepak takraw dan Muay Thai.

#FoodBankJB

FoodBank JB telah dirasmikan pada tahun 2019 oleh YB Akmal Nasir sebagai salah satu inisiatif untuk membantu kebajikan warga Johor Bahru. Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu program yang mendapat perhatian yang luar biasa dari masyarakat, terutamanya sewaktu musim PKP.

 

Inisiatif mampan ini telah berjaya menyalurkan lebihan bekalan makanan yang berkualiti kepada keluarga yang memerlukan. Usaha ini telah berjaya mengurangkan pembaziran makanan, di samping membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan. Sehingga hari ini, RM700,000 keperluan asas telah berjaya disalurkan kepada lebih 7,000 isi rumah di sekitar kawasan Johor Bahru.

Tuisyen Komuniti #ParlimenJB

Program Tuisyen Komuniti #ParlimenJB telah dilancarkan untuk membantu pelajar SPM dalam persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2018 dan ianya dijalankan secara percuma.

 

Ini adalah selaras dengan matlamat untuk membantu pelajar berpendapatan rendah mendapat pendidikan tambahan yang berkualiti. Inisiatif ini bermula selepas mendengar kebimbangan ramai ibu bapa yang merasakan kos untuk mendapatkan pendidikan tambahan semakin mahal.

 

Selain itu, #TabungSiswaJB telah menghulurkan bantuan ‘one off’ kepada lebih 500 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi, diploma dan ijazah.

Rumah Komuniti Wargamas Parlimen Johor Bahru

Rumah Komuniti Wargamas Parlimen Johor Bahru ialah satu inisiatif mampan di mana kami membantu warga emas di Johor Bahru membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Pemeriksaan perubatan percuma ini bertujuan untuk memastikan kualiti hidup warga emas di Johor Bahru kekal tinggi dan sihat.

 

Rumah Komuniti ini terletak di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru dan turut menawarkan aktiviti seperti kelas kemahiran dan riadah selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma.

Usahawan Muda dan Wanita

Selain menyalurkan sumbangan ehsan dan kebajikan, Akmal Nasir turut memberi penekanan untuk membantu terutamanya golongan muda dan wanita meneruskan kelansungan hidup.

 

Beberapa program bimbingan usahawan telah dilaksanakan seperti kelas kemahiran dan pendedahan kaedah perniagaan terkini. Usaha ini disusuli dengan program ‘incubator’ yang membantu usahawan secara langsung dari segi dana dan keperluan logistik bagi penjanaan  pendapatan yang lebih baik.

Pembangunan Belia

Sejak tahun 2018, Akmal Nasir telah memberi tumpuan kepada pembangunan belia di Johor Bahru. Pelbagai inisiatif dilancarkan untuk menyokong belia termasuklah kejohanan bertaraf nasional dan negeri seperti Kejohanan Rabgi JB7 dan Pertandingan Terbuka BMX Basikal Johor.

 

Selain itu, pelbagai sukan peringkat komuniti turut dijalankan seperti pertandingan bola sepak, badminton, catur, dart, skateboard, sepak takraw dan Muay Thai.

Program

Sumbangan untuk semua.

Sumbangan orang ramai telah menjadi pemangkin yang telah membantu beribu-ribu penduduk di kawasan Johor Bahru untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Inisiatif ini dapat dilaksanakan, berkat sumbangan orang ramai. Walau bagaimanapun, untuk bergerak ke hadapan, usaha ini memerlukan sumbangan ikhlas saudara-saudari. Kita komited pada tahap akauntabiliti yang terbaik, dan sama-sama kita pastikan bahawa sumbangan saudara-saudari akan digunakan untuk tujuan yang baik.

 

CIMB 8603320845 (Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru)

Taipkan “Crowdfunding” di bahagian rujukan.

Daftar Sukarelawan harini.

Satu suara tidak mampu untuk membawa kepada angin reformasi yang kita inginkan. Kita memerlukan bantuan anda untuk memenuhi objektif untuk memperjuangkan suara rakyat. Semasa PRU-14, 700 sukarelawan telah menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemenangan kita di Johor Bahru.

Penglibatan saudara-saudari amat diperlukan! Sertai gerakan ini untuk kita sama-sama perjuangkan Malaysia yang lebih baik.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru

50-01 Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru, Johor

+6011-6431 3206