Empat lebuhraya bertol akan diambil alih kerajaan

Kementerian Kewangan dalam usaha untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol. Lebuh raya tersebut ialah Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Terowong SMART (SMART) dan Lebuh raya Shah Alam (KESAS).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, keempat-empat lebuh raya ini menguasai 48 peratus daripada jumlah pendapatan lebuh raya bertol di bandar.

Pengambilalihan tersebut akan melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Ia sebagai langkah pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan beban pengguna.

Berdasarkan rundingan dengan pihak konsesi tol, kerajaan bakal mengeluarkan peruntukan sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat.

Tawaran ini adalah berdasarkan situasi menang-menang bagi semua pihak. Dijangka proses pengambilalihan dapat diselesaikan pada 31 Disember tahun ini.

Antara mekanisme kutipan tol terbaharu ialah melalui kutipan caj kesesakan pada waktu puncak berbandiang sebelum ini iaitu caj yang dikenakan pada setiap pengguna.

Hasil kutipan caj akan digunakan untuk membayar balik hutang dan kos operasi penyenggaraan lebuhraya tersebut. Lebihan hasil akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *