Economics 101: Supply and Demand curve.

Teringat waktu belajar Economics di universiti dahulu ha3

Saya cuba untuk membuat gambaran bagi sektor perumahan sekarang, berdasarkan laporan-laporan artikel dan akhbar berkaitan.

Isu ini sebenarnya boleh dilihat daripada pelbagai aspek tapi saya lebih suka untuk melihat daripada aspek gaji pekerja di Malaysia yang rendah.

Berdasarkan laporan Khazanah Research Institute (KRI), antara tahun 2014 dan 2016, median harga rumah telah meningkat pada kadar 26.5% (RM175,000 ke RM280,000).

Sedangkan median pendapatan isi rumah meningkat pada kadar yang lebih rendah yakni hanya 11.7%!

Graduan universiti dan anak muda khususnya adalah kumpulan yang paling terbeban dengan harga rumah yang mahal.

Oleh itu, perlu ada penyelesaian ke arah meningkatkan pendapatan golongan pekerja di Malaysia dan pada masa yang sama, mengawal kenaikan harga rumah.

Persoalannya sekarang, jika kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli, habis tu kenapa pemaju masih membina rumah-rumah yang dikatakan mahal yang berharga RM300K ke atas?

Hal ini mungkin berbalik semula kepada masalah yang lain yakni jurang pendapatan isi rumah dalam masyarakat Malaysia yang dilaporkan semakin melebar.

Masalah ini adalah terlalu rumit jika hendak diselesaikan secara bersendirian.

Pihak swasta harus bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi mencari jalan keluar yang terbaik.

Malaysia Baru perlu meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama dalam pembangunan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *