Kerajaan komited laksanakan projek BRT Johor Bahru

Berdasarkan perkembangan terbaru, projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) akan diteruskan dan pembinaannya dijangka bermula pada tahun 2022.

Sebelum ini pada sesi Dewan Rakyat Julai yang lalu, saya telah menyarankan agar projek ini dapat dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan pada Oktober 2017.

Ini kerana berdasarkan perangkaan, Daerah Johor Bahru mempunyai populasi penduduk sekitar 1.83 juta orang dan kemudahan IMBRT mampu mengurangkan kesesakan dan pencemaran di samping menggalakkan masyarakat meggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, saya berpendapat pembinaan BRT ini akan mampu meningkatkan tahap capaian di wilayah Iskandar Malaysia khususnya buat golongan B40 dan M40.

Pembangunan sistem pengangkutan BRT akan menghubungkan Johor Bahru ke kawasan perindustrian dan kediaman di Tebrau, universiti dan pusat-pusat perniagaan di Skudai dan kawasan pembangunan baru di Nusajaya.

Pembinaan stesen-stesen BRT secara strategik juga diyakini dapat membantu menjana ekonomi setempat melalui peluang perniagaan dan pekerjaan.

Saya akan terus mengikuti perkembangaan projek IMBRT secara dekat dan berharap sebarang pengumuman berkaitan dapat diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru

SMK Sri Mersing juara ragbi L16!

Alhamdulillah Kejohanan Ragbi #JBsevens telah berlangsung dengan baik.

Saya sempat ikuti perlawanan akhir dan tahniah kepada SMK Sri Mersing yang telah dinobatkan sebagai juara bawah 16 tahun, yang sekaligus menjulang Piala Pusingan buat julung kalinya.

Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:-

Kategori L16
Johan : SMK Sri Mersing
Naib Johan : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar
Cup: English College & SMK Pasir Gudang 3

Kategori L14
Johan : Sekolah Tun Hussein Onn, Kluang
Naib Johan : SMK Sri Mersing
Cup: English College & Sekolah Tun Hussein Onn (B), Kluang

Kategori L11
Johan : SK Uda 2, Johor Bahru
Naib Johan : SK Bandar Easter, Kota Tinggi

Perancangan untuk menganjurkan JBsevens bermula seawal Januari dan saya menyambut usaha baik Jawatankuasa walaupun terdapat kekangan dari segi dana dan tenaga.

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan (kejohanan mulanya dijadualkan bulan Mac tetapi terpaksa ditunda ke minggu ini), saya ucapkan terima kasih kepada 63 pasukan yang menyertai pertandingan ini.

Sokongan guru-guru, ibu bapa dan peminat sukan ragbi ini adalah sangat bermakna buat adik-adik kita.

Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada Jabatan Pelajaran Negeri, PPD, MBJB, Jabatan Kesihatan, Guru-Guru, Pegawai-pegawai teknikal, MSAB, badan NGO dan juga sukarelawan.

Penghargaan buat penyumbang-penyumbang serta Johor Rugby Union atas sokongan yang diberikan.

Insyallah saya melihat kejohanan ini sebagai satu langkah positif untuk menghidupkan sebuah kejohanan bertaraf nasional.

Kita akan usahakan agar #JBsevens kembali lagi tahun depan.

p/s: Gambar bersama SMK Sri Mersing. Untuk gambar-gambar penuh kejohonan, boleh klik di sini https://www.facebook.com/pg/pkrjbofficial/photos/?tab=album&album_id=685970531816835

Enam langkah segera tangani kesesakan di CIQ Johor

Saya menyambut baik langkah-langkah yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan Tunggal Menjaga Sempadan Negara dan Pintu-Pintu Masuk Termasuk Pelabuhan-Pelabuhan pada Rabu lalu yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara ini seringkali dibangkitkan dalam Dewan Rakyat dan terima kasih kepada kerajaaan atas keprihatinan isu ini.

Langkah-langkah jangka pendek ini telah diambil bagi menangani masalah kesesakan yang serius dengan mempercepat urusan keluar masuk kenderaan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar (KSAB).

Enam langkah yang diambil adalah:

1. Pembukaan semula kaunter Malaysia Automated Clearance System di KSAB pada 19 Jun;

2. Perolehan tender bagi MACS bernilai RM9 juta dijangka selesai pada akhir Dis ini;

3. Memobilisasi pegawai bertugas di kaunter tidak sesak ke kaunter yang lebih sesak;

4. Pembukaan laluan kontra di laluan ketibaan kereta;

5. Mewajibkan kerja lebih masa semasa pertukaran syif (7 pagi – 8 pagi); dan

6. Pembukaan penuh kaunter motosikal Mbike.

Saya berharap langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan ini dapat segera mengurangkan masalah kesesakan buat 200,000 rakyat Malaysia yang berulang alik dari Malaysia ke Singapura.

InsyaAllah saya akan melihat jika terdapat sebarang perubahan positif terhadap lalu lintas di CIQ dalam tempoh tiga hingga enam bulan yang yang akan datang.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru

Kejohanan sulung ragbi JB Sevens!

Tahun ini bakal menyaksikan Kejohanan Ragbi JB Sevens yang diadakan secara julung kalinya pada hujung minggu ini, yakni 6 dan 7 Julai 2019.

Sebanyak 50 pasukan (majoriti daripada Johor dan beberapa daripada negeri lain) akan bersaing dalam JB Sevens bagi merebut Piala YB Akmal Nasir.

Kategori-kategori kejohanan adalah under-11 sekolah rendah, under-14 dan under-16 sekolah menengah.

Terdapat juga perlawanan istimewa di mana Otai Ragbi Johor menentang bekas pemain English College Johor Bahru (Maktab Sultan Abu Bakar).

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama sukan ragbi dapat bermain semula di padang Dataran MBJB selepas enam tahun yang lalu (tahun terakhir 2013).

Saya yakin para peminat sukan ragbi di Malaysia ternanti-nantikan kejohonan ragbi JB Sevens ini.

Oleh itu, saya ingin mengajak orang ramai khususnya di Johor Bahru untuk datang memberikan sokongan dan sama-sama memeriahkan lagi kejohanan JB Sevens pada hujung minggu ini!

Jom tengok ragbi!

Lawatan warga Johor Bahru ke Parlimen

Semalam, saya telah menerima satu rombongan lawatan me Parlimen Malaysia daripada Johor Bahru.

Mereka sempat untuk berada dalam dewan ketika saya membahaskan usul pengisytiharan harta semalam.

Selesai bahas usul, saya segera menyertai mereka dan meluangkan sedikit masa berkongsi mengenai hal ehwal Parlimen dan isu-isu semasa.

Terima kasih kepada team penganjur kerana membantu menguruskan perjalanan daripada Johor Bahru.

Diharap gambar bersama TPM semalam menjadikan perjalanan jauh itu berbaloi ha3

P/s album penuh gambar-gambar boleh dilibat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru

Anugerah Cemerlang IPG Temenggong Ibrahim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG) Temenggong Ibrahim.

Tahniah kepada semua pensyarah dan siswa guru yang telah diberikan penghormatan atas usaha dan pengorbanan mereka mendidik bakal guru-guru kita.

Mereka mengingatkan saya satu gurindam:-

Jika anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih

Itulah bebanan mereka kepada masyarakat.

Moga IPG Temenggong Ibrahim terus melahirkan tenaga pengajar yang bermutu tinggi.

Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan rumah terbuka Parlimen Johor Bahru pada hujung minggu lepas.

Mereka yang hadir terdiri daripada rakyat biasa yang rata-rata datang bersama keluarga, wakil kedutaan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan penjawat awam, anak-anak dan mereka yang kurang upaya dari rumah-rumah kebajikan serta rakan-rakan berbilang bangsa.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kehadiran ribuan pengunjung dan saya bersyukur kerana dibantu oleh pasukan sukarelawan dan petugas yang amat komited untuk menjayakannya.

Saya mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan. Insyallah kita sama-sama membantu dan berusaha ke arah kebaikan.

Album penuh gambar-gambar sekitar majlis Rumah Terbuka Aidilfitri boleh rujuk di bawah.

https://www.facebook.com/pg/pkrjbofficial/photos/?tab=album&album_id=674140559666499&__tn__=H-R

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Dato’ Onn

Alhamdulillah semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka di Kampung Dato’ Onn, Larkin yang dianjurkan oleh MPKK Kampung Dato’ Onn Jaafar.

Terima kasih kepada penduduk kampung dan jemaah setempat yang telah hadir memeriahkan majlis.

InsyaAllah rumah terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen akan diadakan pada 16 Jun (Ahad) nanti. Pengumuman lanjut akan dibuat.

Perutusan Aidilfitri 2019 Akmal Nasir

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan.

Alhamdulillah dengan izin Allah kita harungi Ramadan kali ini dengan penuh hidayah dan hikmah.

Doakan agar kita ditemukan lagi dengan bulan yang mulia ini tahun hadapan.

Manfaatkan Hari Raya dengan sambutan yang penuh sederhana dan merapatkan hubungan silaturahim terutamanya dengan keluarga.

Dan pastikan kita semua berhati-hati di jalanraya.

Bagi pihak saya, keluarga, AMK seluruh negara, Cabang dan Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru, kami memohon keampunan dan kemaafan atas segala kekhilafan dan kesalahan.

Sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kita ambil kemuliaan Syawal ini untuk saling bermaaf-maafan.

Insyallah, sambutan rumah terbuka di Johor Bahru akan diadakan pada 12 Syawal 1440 H bersamaan hari Ahad 16 Jun 2019 (jam 1 petang hingga 4 petang) bertempat di Dewan Taman Sinar Harapan Jubli, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, Johor.

Moga Aidilfitri tahun ini dipenuhi keberkatan.

Saya sekali lagi bersama keluarga serta warga AMK, Cabang dan Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Sumbangan Raya menjelang Aidilfitri

1 Jun

Semalam telah menyampaikan sumbangan dan bantuan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan di Flat Serantau.

Moha dipermudahkan segala urusan insyallah.

2 Jun

Bersama Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub pada Majlis Pelancaran Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Johor Bahru semalam.

Jualan ini akan berlangsung sehingga hari Selasa bagi memudahkan masyarakat membuat persedian hari raya.

Yang baiknya, para petani / usahawan dapat memasarkan barangan mereka secara terus tanpa melalui orang tengah.

Terima kasih atas usaha mencari jalan bagi mengurangkan bebanan ekonomi kepada rakyat.

Semoga dipermudahkan.

2 Jun

Semalam, saya telah bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan Johor Bahru dalam Program Agihan 1000 Kampit Beras di Taman Suria.

Aidilfitri semakin hampir. InsyaAllah kita cuba bantu mana yang mampu untuk sama-sama menceriakan Hari Raya nanti.

4 Jun

Pada hari Ahad yang lepas, saya telah bersama-sama Ketua Kampung dan juga Staff Parlimen Johor Bahru di Rumah Kebajikan Dan Pendidikan Baitul Maghfirah, Bandar Baru Uda untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya.

Semoga dipermudahkan persiapan menjelang Aidilfitri.