FOKUS UTAMA

Penglibatan anak muda dalam Revolusi 4.0

Mendepani Revolusi Perindustrian 4.0, saya cuba mendapatkan pandangan daripada Kementerian Pendidikan berkaitan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan khususnya di peringkat sekolah bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dan anak muda dalam dunia keusahawanan Industri 4.0. Berdasarkan maklum balas Kementerian, di peringkat sekolah, KPM telah memperkenalkan mata pelajaran Pengajian Keusahawanan sebagai mata pelajaran elektif bagi murid Tingkatan 4 …

Penglibatan anak muda dalam Revolusi 4.0 Read More »

Pelancaran Mahasiswa Keadilan Malaysia UKM

Pada hari Rabu yang lalu, saya telah turun ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) untuk satu sesi temu rapat dan juga pelancaran MKM UKM. Dalam sesi tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan seperti kediaman dalam kampus yang tidak mencukupi serta pemansuhan kad siswa sebelum ini yang sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada …

Pelancaran Mahasiswa Keadilan Malaysia UKM Read More »

Tanjung Malim bakal menjadi Bandar Integrasi TVET

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, sebuah bandar integrasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dibangunkan di Tanjung Malim, Perak atas tanah milik kementerian. Kawasan tersebut seluas 24.28 hektar. Bandar ini merangkumi universiti, kawasan industri dan pusat penjanaan inovasi bagi memartabatkan bidang TVET pada masa akan datang. Pemilihan lokasi tersebut adalah wajar …

Tanjung Malim bakal menjadi Bandar Integrasi TVET Read More »

Harga keperluan asas terkawal di musim perayaan

Dengar cerita harga barang makanan keperluan asas perayaan seperti ayam dan daging agak murah/terkawal tahun ini. Betul ke? Alhamdulillah. Patutlah saya rasa macam banyak makan rendang Raya kali ni ha3 Daripada facebook Menteri KPDNHEP YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail Terima kasih atas maklumbalas pergerakan harga barangan ketika Aidilfitri. Saya meneliti komen-komen yang diberikan di media …

Harga keperluan asas terkawal di musim perayaan Read More »

Insentif tambah pendapatan graduan

Cadangan kerajaan dalam usaha menambah pendapatan graduan yang baru tamat pengajian merupakan suatu tindakan yang wajar. Ini bermakna graduan yang baru tamat pengajian boleh melibatkan diri dalam melakukan kerja di sektor 3D yang selama ini didominasi oleh pekerja asing tanpa memikirkan kadar upah yang rendah lagi. Penglibatan rakyat tempatan dalam sektor pekerjaan 3D (dirty, difficult, …

Insentif tambah pendapatan graduan Read More »

Tangani lambakan pekerja asing dalam negara

BAHAGIAN 2 Satu persoalan yang mungkin timbul adalah mengapa majikan terlalu bergantung kepada pekerja asing? Isu ini pasti akan berbalik kepada alasan yang sama – tiada rakyat Malaysia khusunya golongan muda atau graduan yang ingin melakukan kerja-kerja sukar, kotor dan berbahaya (3D). Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute (KRI) baru-baru ini – The …

Tangani lambakan pekerja asing dalam negara Read More »

Tangani lambakan pekerja asing dalam negara

BAHAGIAN 1 Isu gaji rendah turut berkait rapat dengan pengambilan pekerja asing dalam pasaran buruh. Kebergantungan kepada pekerja asing yang berkemahiran rendah telah membebankan ekonomi Malaysia. Antara kesannya adalah mengekang pertumbuhan produktiviti, membantutkan pertumbuhan gaji dan menggalakkan pewujuduhan pekerjaan berkemahiran rendah. Hasrat Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi tidak akan tercapai selagi syarikat dan …

Tangani lambakan pekerja asing dalam negara Read More »

Perjumpaan bersama usahawan muda Dropee.com

Semalam saya telah sempat meluangkan masa bersama seorang lagi usahawan muda tempatan bernama Aizat, baru sahaja berumur 29 tahun. Kagum dengan startups beliau yakni Dropee.com. Model perniagaan digital berasaskan Business To Business yang telah banyak membantu peruncit-peruncit khususnya di luar bandar untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Walaupun usia perniagaan baru beberapa tahun, namun prestasi …

Perjumpaan bersama usahawan muda Dropee.com Read More »

Tingkat daya pengeluaran untuk kawal harga makanan

Dalam Perbahasan Titah Diraja 2019 sesi Parlimen yang lalu, saya telah membangkitkan isu Approved Permit (AP) yang mungkin menjadi salah satu punca kenaikan harga barang disebabkan monopoli perniagaan. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, AP bukanlah punca kenaikan harga makanan. Sebaliknya, AP memainkan peranan utama seperti memenuhi ketidakcukupan pengeluaran dalam negara dan supaya pengguna …

Tingkat daya pengeluaran untuk kawal harga makanan Read More »

Nisbah gaji menurun dalam tempoh 10 tahun lepas

(Bahagian 2) Baca Bahagian 1 di sini Kesannya, nisbah gaji dengan nilai tambah dalam bidang pembuatan dianggarkan berkurang daripada 36% pada tahun 2000 kepada hanya 26% pada tahun 2010. Situasai ini adalah tidak adil kepada pekerja. Pendapatan syarikat meningkat tetapi pembahagian kepada tenaga buruh masih kekal rendah. Merujuk kepada perbandingan dengan negara-negara lain, pertumbuhan produktiviti Malaysia mendahului negara maju …

Nisbah gaji menurun dalam tempoh 10 tahun lepas Read More »