BRT dan Youth Hub di Johor Bahru!

BRT di Johor Bahru!

Terima kasih kepada team Iskandar Regional Development Authority (IRDA) yang hadir ke Pusat Khidmat untuk menerangkan perkembangan terkini projek Bus Rapid Transit (BRT) dan Youth Hub.

Sebelum ini saya telah bangkitkan keperluan BRT sebagai pengangkutan awam yang lebih sistematik di Johor Bahru ini sejak dalam ucapan sulong Parlimen tahun lepas.

Dalam perbincangan ini saya menyentuh mengenai keperluan connectivity yang menyeluruh, kegusaran keberkesanan bas ‘feeder’, garis masa & kos projek dan lain-lain.

Alhamdulillah, IRDA memaklumkan perkembangan positif dan perancangan terperinci (teknikal dll) oleh perunding jurutera akan dimulakan tidak lama lagi.

Insyallah saya akan terus meneliti perkembangan BRT dari semasa ke semasa.

Seterusnya, team IRDA mengemaskini status pembinaan Youth Hub yang dijangka dibuka awal tahun depan.

Saya alu-alukan usahasama antara IRDA dan Pusat Khidmat untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti anak muda bagi memastikan matlamat memperkasakan golongan belia tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *