Bantuan kebajikan keluarga di Johor Bahru

Kes 1

Awal pagi semalam Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru telah menerima aduan mengenai kedaifan sepasang suami isteri.

Kebiasaannya saya akan minta staf untuk turun sendiri dahulu bagi mengesahkan maklumat orang ramai dan memahami kaedah penyelesaian yang boleh dicapai.

Walapun beratapkan kanvas dan jelas pasangan ini hidup penuh kesusahan, kes ini unik kerana mangsa tidak mahu memberi kerjasama.

Bagi mengelakkan keadaan yang lebih mudarat, Pusat Khidmat telah melaporkan perkara ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mencari jalan terbaik bagi membantu mangsa tersebut.

Alhamdulillah tidak sampai 24 jam pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun melawat pasangan tersebut.

Hasil siasatan mndapati penama ini si suami mengakui mnerima bntuan JKM RM400 sebulan (EPC) & MAIJ RM300 sebulan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu memberi kerjasama dengan pegawai dan tidak mahu menunjukkan kad pengenalan.

Beliau menyatakan isterinya tidak mnerima apa-apa bantuan dari mana-mana agensi kerajaan.

Kes ini sekarang berada di bawah seliaan JKM. InsyaAllah kita ikhtiar yang terbaik.

Kes 2

Semalam, staf pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahrutelah melawat sebuah keluarga yang dikenal pasti memerlukan bantuan.

Kes Mohammad Amri n Noorhasikin yg mempunyai anak OKU (kategori ketidakupayaan PELBAGAI) dan memerlukan rumah PPR telah ditangani.

Alhamdulillah, beberapa jalan penyelesaian berjaya dicapai.

1. Telah mendapatkan keluarga ini 1 unit rumah di PPR Sri Stulang dgn kerjasama Pengurusan Mutiara QTech.

2. Telah mendapatkan 1 Tapak Bazaar Ramadhan di Taman Surya percuma untuk beliau berniaga juadah puasa.

3. Telah menempah Kueh Raya dari isterinya utk Parlimen JB.

4. Telah berurusan dgn PPD JB untuk pemindahan anak-anak mereka ke SK Bakar Batu atau SK Seri Tebrau.

InsyaAllah semoga ini dapat membantu keluarga beliau untuk menjalani kehidupan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *