akmalnasir

Pertemuan bersama Dato’ Bandar Johor Bahru

Alhamdulillah 1 Januari 2020 saya berkesempatan bertemu dengan YB Dato Adib Azhari, Dato’ Bandar Johor Bahru. Kami membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan kerajaan tempatan dan mencari kesefahaman agar perkhidmatan kepada masyarakat di Johor Bahru dapat ditambah baik. Kami bersetuju perlu ada komitmen untuk mengurangkan aduan-aduan rakyat. Sekiranya perkara-perkara asas dapat disediakan dengan sempurna (seperti lampu …

Pertemuan bersama Dato’ Bandar Johor Bahru Read More »

FGV terima penarafan Sijil Pengurusan Anti Rasuah

Buat pertama kalinya FGV Holdings Berhad (FGV) menerima pengiktirafan antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS). Pensijilan yang diperolehi ialah pensijilan ISO 37001:2016. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, untuk memastikan ABMS benar-benar berkesan, syarikat akan memastikan setiap pekerja menjadi lebih peka dan terlatih bagi mencegah perbuatan rasuah atau sogokan daripada …

FGV terima penarafan Sijil Pengurusan Anti Rasuah Read More »

Lawatan kerja ke syarikat SAJ Ranhill

Pada minggu lalu saya telah mengadakan lawatan ke pejabat SAJ Ranhill di Larkin, Johor Bahru. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami operasi syarikat yang bertanggungjawab mengurus sistem bekalan air di Johor. Satu sesi penerangan ringkas juga telah diberikan berkaitan cabaran serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan sistem bekalan air beroperasi dengan baik. Saya berharap SAJ …

Lawatan kerja ke syarikat SAJ Ranhill Read More »

Karnival Bola Sepak 7 Sebelah BBU

Sempat untuk turut serta di Karnival Bola Sepak 7 Sebelah bawah 12 tahun, yang diadakan di Padang Malinja Bandar Baru Uda. Penganjuran program seperti ini pada musim cuti sekolah sememangnya sangat bermanfaat kepada para pelajar. Ramai juga warga ibu bapa yang telah bersama meluangkan masa menonton aksi anak-anak mereka dalam perlawanan bola sepak tersebut. Tahniah …

Karnival Bola Sepak 7 Sebelah BBU Read More »

Penempatan pegawai SPRM di Pejabat MB

Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menempatkan seorang pegawai di pejabat Menteri Besar (MB) merupakan satu langkah yang tepat. Langkah ini perlu disokong oleh kesemua pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti di setiap pejabat MB dapat dipantau seterusnya membasmi masalah rasuah. Ini kerana pejabat MB mempunyai risiko yang tinggi untuk berlaku kegiatan rasuah …

Penempatan pegawai SPRM di Pejabat MB Read More »

Lawatan PPD Johor Bahru ke Parlimen Malaysia

Pada minggu terakhir sesi Parlimen yang lalu, saya telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru di Parlimen Malaysia. Lawatan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pemahaman bagaimana sistem Parlimen berfungsi di samping mengeratkan lagi hubungan antara Ahli Parlimen dan agensi kerajaan. InsyaAllah di sesi seterusnya mungkin kita akan susun lawatan dari sekolah-sekolah di Johor …

Lawatan PPD Johor Bahru ke Parlimen Malaysia Read More »

Sembang hi-tea bersama perwakilan Johor

Pada Kongres Keadilan yang lalu, saya sempat berjumpa dan bersembang hi-tea bersama perwakilan dari Johor Bahru di Zai Music World. Yang menariknya, mereka bukan sahaja menawarkan kelas muzik, tetapi mereka turut membimbing para pelajar mereka bagaimana cara untuk membina karier dalam dunia seni muzik. Kaedah seperti ini akan memberikan kesan yang lebih berpanjangan kepada para …

Sembang hi-tea bersama perwakilan Johor Read More »

Harga pasaran kelapa sawit terus meningkat!

Berita baik buat pekebun-pekebun kecil kelapa sawit. Harga minyak sawit mentah (MSM) terus mencatatkan kenaikan semenjak bulan Oktober yang lalu sehingga kini. Peningkatan ini sudah pasti akan meningkatkan pendapatan para pekebun kecil kelapa sawit. Laporan dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada Oktober lalu MSM telah memaparkan kenaikan harga jauh lebih tinggi daripada jangkaan. Ia …

Harga pasaran kelapa sawit terus meningkat! Read More »

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Melayu

Taklimat Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Melayu, Johor Bahru telah diadakan di MBJB yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Adib, Dato Bandar yang baru semalam. Taklimat tersebut telah membincangkan hala tuju pembangunan di kawasan Kampung Melayu terutamanya dalam usaha memulihara keunikan, kesenian, keaslian dan sejarah asal Kampung Melayu serta menjana semula gerai-gerai makan sebagai tarikan pelancong. …

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Melayu Read More »

Gerakan Kempen Komuniti Muda oleh AMK Malaysia

Sepanjang setahun yang lalu, AMK secara keseluruhannya telah menganjurkan pelbagai inisiatif dan program di peringkat akar umbi samada yang digerakkan melalui negeri atau cabang AMK. Kebanyakkan program-program ini adalah berbentuk sumbangan, kebajikan, kejohanan sukan, dialog dan sebagainya yang mana laporan ini kita terima melalui Mesyuarat Pimpinan Pusat AMK setiap bulan. Walaupun kita bersama dengan kerajaan, …

Gerakan Kempen Komuniti Muda oleh AMK Malaysia Read More »