Aktiviti Ramadhan minggu ke-4 (Part 2)

30 Mei

Petang tadi diĀ Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahrumenyerahkan bantuan kewangan (one off) kepada non-Muslim dan Bantuan Raya kepada Muslim sempena Aidilfitri kepada para penerima yang layak.

Selain daripada sekadar memberi bantuan, kami juga membantu pengusaha kuih raya kecil-kecilan dengan menyumbang sedikit dana untuk membeli produk-produk dari kalangan ibu tunggal dan warga yang berpendapatan rendah di sekitar kawasan Parlimen Johor Bahru.

InsyaAllah moga dipermudahkan segala urusan.

30 Mei

Kemudian turut serta dalam Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Ar-Raudhah, Kampung Dato Onn.

Ramadhan hampir berlalu. Semoga kita terus memperbanyakkan lagi bacaan Al-Quran bagi mengejar ganjaran pahala dan kebaikan.

Semoga amalan kita diterima insyaAllah.

30 Mei

Selepas Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ar-Raudhah, saya ke Surau Jalan Serindit (Masjid Lama Larkin Jaya) untuk berbuka dan Solat Maghrib.

Selesai solat, saya bersama dengan para jemaah menjamu juadah yang disediakan. Turut hadir bersama, Ketua Kampung.

Sempat bertanya khabar dan sembang santai dengan penduduk setempat.

30 Mei

Pada sebelah malam, telah menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Seusai dari Masjid Jamek Bandar Baru Uda, menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Surau An-Nur Pangsapuri Ledang dan juga acara penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal (disumbangkan oleh dermawan) dan beberapa penerima setempat.

Alhamdulillah setelah selesai semuanya, bersama jemaah dan para tetamu yang hadir menjamu juadah yang disediakan oleh kariah masjid.

Terima kasih semua atas layanan yang diberikan. Moga amalan kita diterima Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *